Thursday 14 November 2013

Hari Penternak, Peladang & Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK)

Maaf lambat update.
Team cocodamia terpaksa balik awal dari Kuantan disebabkan semua stok coklat IQ, tester, pemplet & name card yang kami bawa sempena HPPNK habis licin di borong oleh pengunjung selama 5 hari kami berada di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pengunjung,pembeli, rakan niaga & staf cocodamia. Mohon maaf kepada pengunjung yang tidak dapat berjumpa dengan team cocodamia.

Kini team production cocodamia sedang pulun menyediakan stok & tester untuk rangka promosi yang seterusnya di;
1. SSDI peringkat Kebangsaan, di MITC Melaka (27/11 -1/12)
2. Agro Johor Peringkat Negeri di Kluang (27/11-1/12)
3. Halal Tourist Fair 2013, di Persada Johor (27/11 -1/12)

Nampaknya team cocodamia akan berada di 3 lokasi dalam satu masa. Insyallah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, izinkanlah usaha kami ini di permudahkan, di redhai, di berkati dan dicucuri rahmat oleh Mu. sesungguhnya kekuasaanMu tiada had batasnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih ya Allah.

P/s: doa kan kami agar kami terpilih dan dapat menyertai ke tiga tiga program yg besar itu. program yang di nanti nantikan oleh semua usahawan untuk meluaskan pemasaran ke peringkat globa. Insyaallah


Stok coklat IQ, tester, pemplet & name card sold out


Bergambar kenangan bersama usahawan dari Johor. Seramai 8 usahawan yang terpilih


Peminat -peminat Damia. Menjerit jerit mereka dapat berjumpa dengan Damia


Booth cocodamia di serbu oleh pengunjung. Sedap, rangup dan penuh dengan isi


Pintu masuk HPPNK peringkat kebangsaan

Posted using BlogPress from my iPhone