Thursday 14 November 2013

Hari Penternak, Peladang & Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK)

Maaf lambat update.
Team cocodamia terpaksa balik awal dari Kuantan disebabkan semua stok coklat IQ, tester, pemplet & name card yang kami bawa sempena HPPNK habis licin di borong oleh pengunjung selama 5 hari kami berada di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pengunjung,pembeli, rakan niaga & staf cocodamia. Mohon maaf kepada pengunjung yang tidak dapat berjumpa dengan team cocodamia.

Kini team production cocodamia sedang pulun menyediakan stok & tester untuk rangka promosi yang seterusnya di;
1. SSDI peringkat Kebangsaan, di MITC Melaka (27/11 -1/12)
2. Agro Johor Peringkat Negeri di Kluang (27/11-1/12)
3. Halal Tourist Fair 2013, di Persada Johor (27/11 -1/12)

Nampaknya team cocodamia akan berada di 3 lokasi dalam satu masa. Insyallah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, izinkanlah usaha kami ini di permudahkan, di redhai, di berkati dan dicucuri rahmat oleh Mu. sesungguhnya kekuasaanMu tiada had batasnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih ya Allah.

P/s: doa kan kami agar kami terpilih dan dapat menyertai ke tiga tiga program yg besar itu. program yang di nanti nantikan oleh semua usahawan untuk meluaskan pemasaran ke peringkat globa. Insyaallah


Stok coklat IQ, tester, pemplet & name card sold out


Bergambar kenangan bersama usahawan dari Johor. Seramai 8 usahawan yang terpilih


Peminat -peminat Damia. Menjerit jerit mereka dapat berjumpa dengan Damia


Booth cocodamia di serbu oleh pengunjung. Sedap, rangup dan penuh dengan isi


Pintu masuk HPPNK peringkat kebangsaan

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 11 September 2013

Laporan Karnival Boitek Bukit Layang Layang Pasir Gudang (4 - 8/9/13)



Meriah!! Meriah!! Meriah!!


Itulah ungkapan yang terpacul dimulut team cocodamia pabila mula2 sampai di Karnival ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini, terdapat pelbagai program2 menarik yang dianjurkan disini. 

Ok tanpa lengah masa, jom kita baca corat coretnya. Alamak.. Malas betul saya nak menulis, so saya print screen jer lah ya kejadian yang saya dah coret on time masa haritu ya..:)







Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung2 yang beli Coklat IQ ya terutama kepada silent2 reader blog ibuayahdamia. Staff saya cakap "puan tak ada kat sini pun tetap glamour".. Hihi.. Bukan saya yang glamour, CocoDamia yang glamour dengan IzinNya








At the same time, Pusat Bahasa Pelangi juga buka team futsal utk pelajar2 saya. Ayah damia sebagai pengurus. Alhamdulillah, menang ke peringkat suku akhir keesokannya. 




Tapi tewas jua nak dapatkan 3 tempat teratas.




Tak pe yang penting cg tahu anda telah berusaha sebaik mungkin. Pengalaman pertama kan. Insyallah akan datang cg akan cuba ketengah bakat2 kamu semua ya. 









Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar







Hari ahad pula, jualan Puding Roti CocoDamia laku yang amat. Antara komen2 pelanggan kat situ "rasa macam hotel dah ni", "sedapnya kuah dia, resepi apa dik?", "sedap sedap, kalau nak order lagi kat mana"?.. Hihi.. Ni semua staff saya yg cakap sebab saya tak jaga booth. 
Saya betul2 jadi tok mandur ke hulu hilir beli itu, beli ini, borak2 dengan owner kedai tu, borak2 dengan penganjur, bawa anak2 main di booth Petrosains, tengok persembahan artis dan macam2 lagi saya isi masa lapang kat situ. Ayah damia cakap "ini dah betul2 bos, kejenya shopping jer kat situ".. Hihihi.. Bagi chance lah saya rehat pula ya..:)









Masuk jer tengahari ahad tu, wahhhh keadaan hampir tak terkawal sebab team cocodamia tak menang tangan dah. Sampaikan terpaksa buka booth kat depan lagi satu sebab jualan sangat laris dan org berpusu2 tanya tentang produk Coklat IQ ni.






En Nazri wakil FAMA datang buat lawatan tapak. Insyallah produk Coklat IQ akan datang dimasukkan dalam Van bergerak FAMA utk dibawa ke desa-desa. Namun masih belum ada hitam putih lagi ya. Ya Allah, Izinkanlah produk Coklat IQ-CocoDamia tersenarai dalam salah satu produk IKS yang akan dibawa oleh van bergerak FAMA utk sebarkan kebaikannya.





Bergambar kenangan bersama En Nazri dan Kak Imah, jiran peniaga sebelah.





Lepas tu jam 3 petang saya ke pentas utama utk melihat persembahan artis dan juga sesi cabutan bertuah.





Artis pertama buat persembahan, Syura Masterchef. Lepas tu Mamat Mentor. Then diselang seli dengan cabutan bertuah. Kemudian majlis penutup dan semua bersurai.




Alhamdulillah, Allah betul2 menunaikan doa saya dan suami. Sale target dah tercapai malahan lebih dari target asal. Team CocoDamia happy sangat sebab antara yang tutup booth awal. Kami siap bertepuk tangan lagi menandakan kejayaan kami semua. Bayangkan jam 5:30, semua coklat IQ licin selicinnya dijual. Dah tak tahu nak jual apa lagi..Walhal booth2 lain masih banyak dibuka lagi..




Sebelum tu kul 3 dah habis dah jual semua. Ntah cam mana, kebetulan stokis Tmn U datang nak tgk cara2 kami berniaga macam mana sebab minggu depan CocoDamia akan taja stokis ni buka booth Pameran di Melaka pula. Allah hantar tepat pada waktunya. Kebetulan dia bawa 1 dozen dalam kereta utk dibagi pada pengedar di Masai. So saya pinjam dulu stok dia. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan kami.






Bagi menghargai penat lelah dan kesungguhan serta kejayaan CocoDamia sepanjang di Karnival ini, ayah damia ajak belanja makan malam dulu ramai2.. Singgah solat dan makan di Restoran My Friends atas bukit tu. Oh ya, no worries.. Sepanjang team CocoDamia berada di karnival makan pagi, tengahari dan malam memang CocoDamia taja. Cuma makan malam yg ni makan malam penutup lah kiranya.




Wowww!!! Team CocoDamia yang sangat hebat. Masing2 boleh buat sales yang bombastik!!! Syukur Alhamdulillah kerana kurniakan saya dan suami staff yg berdedikasi dan tak banyak kerenah. Saya selalu doakan staff2 saya dipermudahkan rezeki dn juga dapat kerja lama dengan saya. Amin amin.




Sekali lagi saya wakil CocoDamia mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua pembeli-penbeli Coklat IQ dan juga pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak. Yang baik datang daripadaNya, yang buruk datang daripada saya dan suami sendiri.



P/s: Alhamdulillah, dengan Izin dan KuasaMu Ya Allah, tiada yang mustahil bagiMU, penambahan stokis dan pengedar yang hari-hari mesti ada. Sur..

Thursday 4 July 2013

Amalan Pemprosesan Secara Islam di Kilang CocoDamia



Bukan perniagaan semata-mata, tapi sebagai ibadat jua..


Untuk melahirkan produk Sunnah dan menambah nilai kepada masyarakat sekeliling, semestinya ia bermula daripada peniaga dan pekerja itu sendiri. Insyallah barakahlah produk yang dihasilkan. Jauhi hasad dengki, jauhi fitnah dan jauhi perkara negatif. Kita hanya berusaha dan hanya DIA yang menentukan segalanya. Amin..


Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.


Semoga kebaikan dan keberkenasan "Lubanah" dan "Kismis Terapi" dapat menambah nilai kepada para pembeli dan orang yang memakannya. Insyallah..


Untuk pertanyaan atau pembelian secara pukal dan runcit, boleh:

Email: cocodamia@yahoo.com

Fanpages: coklat IQ

Website: iqcoklat.blogspot.com

Whatapps/Sms: 012-7560895



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday 6 June 2013

Rahsia kini bukan jadi rahsia lagi || Terapi Kismis untuk CocoDamia Coklat IQ

Harini saya kongsikan salah satu rahsia tentang Coklat IQ-CocoDamia. 

Kismis yang diimport dari Iran setelah diterapikan bersama air zam-zam, bacaan ayat Al-quran dari Tahfiz, doa-doa dari ustaz, dan doa-doa lain akan

dijemur waktu DHUHA bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi selama 4 hari berturut-turut. 

Seperti yang kita tahu, cahaya matahari waktu DHUHA adalah sangat baik untuk kesihatan. Kalau tidak masa kan budak2 yang kuning dijemur pada cahaya matahari waktu pagi. 

"Ya Allah, sesungguhnya waktu DHUHA itu waktu

DHUHAMU, kecantikannya adalah kecantikanMU, keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU." Terima Kasih Ya Allah.. Sesungguhnya ini adalah usaha COCODAMIA utk rohaniah. 

Semoga orang yang makan coklat IQ ini mendapat khasiat dan rasai keberkesananya. Aminn.. 


Utk pertanyaa stokis/ dealer /pembelian, boleh email pada cocodamia@yahoo.com atau 


layari iqcoklat.blogspot.com utk pembelian melalui debit card atau credit card dan 


LIKE fanpage: coklat iq utk lebih banyak gambar dan testimoni..:) 


P/s: insyallah lain kali saya kongsikan rahsia kelebihan coklat IQ ni yang lain pula ya..:

Monday 29 April 2013

Pembungkusan CocoDamia: Coklat IQ


Alhamdullillah, stok dah licin dari hari Jumaat lagi. Tapi email tak putus2 masuk, tel tak henti2 berdering dan sms dan whatapps pun boleh tahan juga. Tu belum masuk pelajar2 tuition, yang berderu order kat pejabat..Alhamdulillah..

Makanya demi memenuhi order dan permintaan daripada stokis dan dealer, nampaknya bahagian packing kena overtime pada hujung minggu. Ya lah nak kejar postage utk Isnin. Rabu dah cuti, lepas tu ada yang cuti balik mengundi. Nak tak nak mesti siapkan semua order.


Seawal pagi lagi dah start untuk packaging!!!
Masing2 dengan pengkhususan kerja masing-masing!!!


Fokus-fokus...
Untuk pengetahuan semua, segala kerja dari A-Z memang diiringi dengan doa2 terpilih serta amalan kerja muslim. Pendek kata kalau 7 jam kami bekerja, 7 jam juga lah alunan-alunan doa dan bacaan al-quran. Tu belum lagi kerohanian utk pembuatan coklat yang mana lebih berat dan serius. 


 Kualiti dan juga kuantiti mesti di jaga serta untuk pastikan tiada yang salah. 
Biasalah produk yang baik utk fizikal dan mental memerlukan ketelitian serta kerapian dari awal production lagi. 


Alhamdulillah, akhirnya setelah 1 tahun buat R&D dan memohon doa dan petunjuk daripada Allah, akhirnya Coklat IQ berjaya berada di pasaran. Yang pasti produk ni bukan produk OEM atau dari perkilangan kontrak ya. Semuanya dihasilkan depan mata saya sendiri.


Dan pabila permintaan melebihi tawaran, pabila permintaan kudrat manual 4 kerat yang Allah bagi nikmat, nak pula kena tambah stok laju2 dan cepat, maka perlulah meminta bantuan dari mesin teknologi yang lebih canggih kan. Jumaat lepas sempat survey2 mesin yang dapat meringankan kerja dan yang paling penting mencepatkan kerja2 packaging sebenarnya. Insyallah, masih mencari2 mesin yang sesuai dengan CocoDamia kerana coklat kan sensitif. 


Target packing untuk stok sebelum cuti hari pekerja kena siap 500 kotak ni!!! Insyallah!!!

Wednesday 24 April 2013

Promosi: Sempena Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Rata-rata pelajar akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun lagi 3 minggu (7hb Mei 2013). Pasti ramai pelajar dan ibubapa tengah buat persiapan sekarang. Apa kata untuk exam kali ni, anak anak dibekalkan dengan Coklat IQ agar:



1. Pelajar dapat meningkatkan ketajaman daya ingatan,
2. Pelajar dapat meningkatkan kecergasan minda
3. Pelajar dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran

Jom bekalkan Coklat IQ kepada anak anak sebelum mereka menduduki exam. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencuba keberkesanan Coklat IQ.Insyaallah 

Sempena exam pertengahan tahun ini, kami menawarkan harga promosi. Bagi yang berminat untuk order coklat iq boleh PM kami atau hubungi 0127937320


Bagi pembelian online boleh layari : http://iqcoklat.blogspot.com/p/cara-pembelian.html

Monday 18 March 2013

Produk Coklat IQ



Bismillahirrahmanirrahim..

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi, dalam menghadapi cabaran sebagai seorang guru & usahawan , akhirnya berkat usaha bersama maka lahirlah satu produk makanan tambahan (food supliment) idaman kami yang telah kami jalankan kajian sejak penubuhan Pelangi Network Management pada tahun 2005.

CocoDamia : Coklat IQ di adun dan diformulakan dengan makanan sunah serta bacaan ayat-ayat al-quran dari pelajar tahfiz dan diformulisasikan agar ia menyerap ke dalam minda pengguna agar menjadi pelajar serta pekerja yang cemerlang dan terbilang. Insyaallah. Semoga usaha ini mendapat rahmat dan keredhaan NYA.. Insya ALLAH



COCO DAMIA : Coklat IQ  adalah satu produk pemakanan yang meningkatkan: 

kecergasan minda, 
meningkatkan ketajaman daya ingatan, 
menghilangkan stress, 
menambahkan keyakinan diri, 
mengenyangkan, unik dan mencergaskan IQ serta minda.



Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan sesuai dijadikan sebagai permakanan seorang pelajar, remaja, orang tua atau pekerja yang selalu dalam kepenatan. Di adun bersama makanan Sunnah Nabi & Imam Syafie serta di baca Surah-surah terpilih oleh Ustaz, sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar atau pekerja.




Khasiat Dan Keunikan COCO DAMIA : Coklat IQ

Meningkat dan Menguatkan Minda

Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang  diajar oleh guru.

Mengatasi rasa gugup

Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Memulihkan semangat / stress

Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
Mengekang
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah


Kandungan COCO DAMIA : Coklat IQ

Diperkayakan dengan  makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W +  makanan sunnah Imam Syafie + Terapi bacaan Al-Quran 30 Juzuk daripada Ahli Tahfiz + Bacaan doa dari Ustaz

1. Lubanah  
2. Kismis  
3. Air Zam Zam 
4. Kurma 
5. Bijirin 
6. Oat 
7. Badam 
8. Cornflake 
9. Susu 
10. Kurma 
11. Doa doa terpilih



Kepada yang ingin mendapatkan COKLAT IQ bolehlah :

CocoDamia: Coklat IQ
5A, Jalan Kebudayaan 1A,
Taman Universiti, 81300,
Skudai, Johor, Malaysia
Tel :+60127937320
facebook: kokodamia
website: http://www.iqcoklat.blogspot.com

Wakil pengedar dari seluruh negara di alu-alukan.



Coklat IQ
*this service will be charged additional of 4% service provider charge.
* courier ONLY to registered PAYPAL address !!! no exception.