Tuesday 22 July 2014

Iftar bersama para staff di Johor Golf & Country Club

Alhamdulillah, tahun 2014 kali ini dapat sekali lagi bersama-sama meluangkan masa untuk iftar dengan para staff  Pusat Bahasa Pelangi dan Pelangi Network Management (CocoDamia).
Kalau tahun lepas lebih meriah kerana bersama-sama dengan anak-anak yatim sempena 10 tahun penubuhan Pusat Bahasa Pelangi, kali ini tidak kurang juga meriahnya dalam kesederhanaan.
 

Ada green view (padang golf) dan blue view (swimming pool).
Tapi kami pilih dalam cafe sebab ada air-cond kan.
 
 Sempat juga Encik Khairuddin dan Puan Zarina bergambar sementara menunggu para staff datang


Sebelum berbuka dan tunggu yang lain tiba, kami pusing-pusing dan ambil gambar dulu.
Boleh tahan ramai juga orang main golf waktu ni.
Nama pon Golf Club kan.


Lepas tu kami turun ke bawah sikit jalan-jalan ambil gambar lagi
  Puan Zarina apa lagi? Bawa keluar le monopod lah kan.
Nasib baik staff-staff semuanya memahami.
 
 

 Puan Zarina pula beralih ke belakang sebab kesian tak nampak muka penuh yang lain dek ketinggan Puan Zarina ni kan.


Pose pose ye semua jangan tak pose. Hehe


Setiap gambar mesti ada anak-anak Puan Zarina dan Encik Khairuddin. Al-maklumlah mereka dah cukup rapat dengan staff-staff PBP.


Amboi, berposing lagi cikgu-cikgu PBP ni. Memang sporting habis mereka semua ni


 Ini lah dia kerani baru Pusat Bahasa Pelangi, Asmah. Dia yang menggantikan Diyana yang sambung belajar. 


Ok dah pukul 7 lebih.
  Masa untuk masing-masing ambil makanan.
Bukan main ramai lagi orang.
 
 
Alhamdulillah, dapat juga kami berbuka puasa beramai-ramai.


 Seronoknya tengok staff semua happy dapat makan dan suasana pun meriah sungguh 


Selesai sahaja makan, tibalah masa untuk menunaikan solat maghrib. 
Ruang solat yang disediakan di sini besar dan selesa.


Dah lepas solat, kami sambung makan lagi.
Sambil-sambil boss besar kami, En Khairuddin memberi sedikit ucapan dan sembang berbuka.
 
 

 Sebelum balik, wajib ambil gambar ramai-ramai kat depan swimming pool.
Tapi poolnya tak nampak lah pulak.
 
 
 
Bersama orang-orang kuat Cocodamia
 
 
Okay last posing dah sebelum masing-masing gerak ke kereta masing-masing.
Ada 3 orang staffs yang tak dapat menghadirkan diri sebab ada hal.
Tak pe insyallah next time boleh gathering bersama lagi ya kalau ada rezeki dan kelapangan.
Semoga kita berjumpa lagi di Ramadan akan datang.
Tanpa kalian siapalah kami. Terima kasih atas komitmen dan jasa khidmat kalian. Semoga kita menjadi team terhebat dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibadat.

 

Sunday 20 July 2014

Cocodamia Royale Chocolate boleh didapati di Uda Business Centre dan Kulaijaya


Baru balik dari ronda-ronda kawasan tempat ROYAL COCODAMIA diedarkan.

Alhamdulillah, sambutan amat mengalakkan. Dan owner kedai menjangkakan Gelombang 
"purchasing power" akan meningkat 300% hujung minggu ni. Aaamiin.

Bagi warga Singapore dan Johor, boleh dapatkan COCODAMIA ROYALE di Uda business Centre, belakang Jakel dan sebelah Butik Prof Muhaya dan Tudung Hajraa. Tengok banner kuih raya yang PALING BESAR kat area situ. 



Owner kedai kata, tak sangka produk Bumiputra pun dah setaraf dengan coklat mahal dari Moscow dan Paris. Syukran Ya Allah. 

Itulah rahsia CocoDamia. Dibuat dengan penuh ketelitian serta keikhlasan. 

Allah jua yang mengerakkan hati anda utk membelinya. Terima kasih Ya Allah Ya Kareem.


Boleh juga dapatkan COCODAMIA ROYALE di Pusat Sehenti Biskut dan Kuih Raya di Ramun Delight, Kulaijaya.
 


Wahhh kalau kat sini bukan gelombang lagi dah, huru hara tsunami dibuatnya oleh customer2 dari Singapore, pelancong luar dan orang tempatan. Sekali serbu memang licin stok dalam ni.
 

 
Saya recommend kalau nak makan tart nanas sepit dan shopping kuih raya yang selesa. Sinilah tempatnya.

Jangan lupa beli COCODAMIA ROYALE  juga


Tengok!!! Sekali datang berapa banyak bas bawa customer datang serbu!

Allah jua yang gerakkan hati anda untuk membeli. Terima kasih Ya Allah.

Cocodamia
Bukan sekadar coklat biasa
010-6468383.

p/s: Sesiapa yang beli pakej 3 kotak Coklat IQ, akan dapat beg CocoDamia Royale ya. 


Thursday 17 July 2014

COCODAMIA ROYALE CHOCOLATE


Raikan Syawal bersama COCODAMIA ROYALE CHOCOLATE kepada tetamu anda di pagi Syawal, agar kunjungan meninggalkan kesan abadi kemanisan dijiwanya


Didatangkan dengan 3 bekas kaca eksklusif dan 3 jenis chocolate dalam pakej satu kotak:
 
-Royal Hazelnut : 20 biji
-Real Cappucino : 20 biji
-Peanut Butter & Nips : 20 biji


Total pakej dalam satu kotak:
 
Kandungan : 60 biji
Berat keseluruhan : +- 1.4kg


Harga : 

1 kotak : RM55 + postage RM10
2 kotak : RM100 + postage RM15
3 kotak : RM150 FREE POSTAGE

  
Aidilfitri ini, boleh juga dihadiahkan kepada para pekerja/ orang tersayang /sanak saudara dengan COCODAMIA ROYALE CHOCOLATE agar Syawal kali ini lebih bermakna dan saling mengingati antara satu sama lain.

  
Untuk belian borong, 15 kotak ke atas, sila call 010-6018383. Penghantaran percuma ke office atau kediaman anda. (Tertakluk pada kawasan)

Ikhlas daripada,

Pengasas dan Pemilik CocoDamia.

Thursday 3 July 2014

Menambahkan keyakinan diri

Trip promosi luaskan pemasaran #cocodamia ke #brunei kali ni sangat unik, di mana kami sekeluarga yang turun padang.



Walaupun pada mulanya staf marketing akan turut serta tapi di fikirkan 1st ramadhan di perantaun meninggalkan family kami decide kami sekeluarga yang turun padang.



Alhamdullillah dengan limpahan rezeki dari Allah swt kami berjaya lakukan dengan jayanya.



Di #Brunei juga lah kami dapat menggilap bakat #damiaaleesya. very confident move kehadapan untuk menerangkan kelebihan produk #coklatIQ kepada penggunjung.



Dengan lancar, dengan konfident dan sedikitkan pun tidak gugup. dan hampir kesemua yang dia lakukan dia dapat close sale. terbaiklah Damia Allesya. dengan usia baru 7 tahun dia berani ke hadapan.



dan tiap tiap hari dia bertanyakan bila pula nak ke #Brunei. insyaallah jika di izinkan oleh Allah swt kami akan ke #Brunei lagi. Insyaallah. Terima kasih warga Brunei. #bruneidarussalam #cocodamia #krukkkrakk #energybar #chocolate #coklatiq


- Posted using BlogPress from my iPhone