Tuesday 22 July 2014

Iftar bersama para staff di Johor Golf & Country Club

Alhamdulillah, tahun 2014 kali ini dapat sekali lagi bersama-sama meluangkan masa untuk iftar dengan para staff  Pusat Bahasa Pelangi dan Pelangi Network Management (CocoDamia).
Kalau tahun lepas lebih meriah kerana bersama-sama dengan anak-anak yatim sempena 10 tahun penubuhan Pusat Bahasa Pelangi, kali ini tidak kurang juga meriahnya dalam kesederhanaan.
 

Ada green view (padang golf) dan blue view (swimming pool).
Tapi kami pilih dalam cafe sebab ada air-cond kan.
 
 Sempat juga Encik Khairuddin dan Puan Zarina bergambar sementara menunggu para staff datang


Sebelum berbuka dan tunggu yang lain tiba, kami pusing-pusing dan ambil gambar dulu.
Boleh tahan ramai juga orang main golf waktu ni.
Nama pon Golf Club kan.


Lepas tu kami turun ke bawah sikit jalan-jalan ambil gambar lagi
  Puan Zarina apa lagi? Bawa keluar le monopod lah kan.
Nasib baik staff-staff semuanya memahami.
 
 

 Puan Zarina pula beralih ke belakang sebab kesian tak nampak muka penuh yang lain dek ketinggan Puan Zarina ni kan.


Pose pose ye semua jangan tak pose. Hehe


Setiap gambar mesti ada anak-anak Puan Zarina dan Encik Khairuddin. Al-maklumlah mereka dah cukup rapat dengan staff-staff PBP.


Amboi, berposing lagi cikgu-cikgu PBP ni. Memang sporting habis mereka semua ni


 Ini lah dia kerani baru Pusat Bahasa Pelangi, Asmah. Dia yang menggantikan Diyana yang sambung belajar. 


Ok dah pukul 7 lebih.
  Masa untuk masing-masing ambil makanan.
Bukan main ramai lagi orang.
 
 
Alhamdulillah, dapat juga kami berbuka puasa beramai-ramai.


 Seronoknya tengok staff semua happy dapat makan dan suasana pun meriah sungguh 


Selesai sahaja makan, tibalah masa untuk menunaikan solat maghrib. 
Ruang solat yang disediakan di sini besar dan selesa.


Dah lepas solat, kami sambung makan lagi.
Sambil-sambil boss besar kami, En Khairuddin memberi sedikit ucapan dan sembang berbuka.
 
 

 Sebelum balik, wajib ambil gambar ramai-ramai kat depan swimming pool.
Tapi poolnya tak nampak lah pulak.
 
 
 
Bersama orang-orang kuat Cocodamia
 
 
Okay last posing dah sebelum masing-masing gerak ke kereta masing-masing.
Ada 3 orang staffs yang tak dapat menghadirkan diri sebab ada hal.
Tak pe insyallah next time boleh gathering bersama lagi ya kalau ada rezeki dan kelapangan.
Semoga kita berjumpa lagi di Ramadan akan datang.
Tanpa kalian siapalah kami. Terima kasih atas komitmen dan jasa khidmat kalian. Semoga kita menjadi team terhebat dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibadat.

 

No comments:

Post a Comment